4Minute (Korea: 포미닛code: ko is deprecated ) ialah sebuah kumpulan wanita Korea Selatan yang dibentuk pada tahun 2009 oleh Cube Entertainment. Ahli kumpulan ini terdiri daripada Nam Ji-hyun, Heo Ga-yoon, Jeon Ji-yoon, Kim Hyun-a dan Kwon So-hyun.[1] Kumpulan ini membuat kemunculan pertama pada bulan Jun 2009 menerusi lagu "Hot Issue" dan pada bulan Disember 2010, mereka mengeluarkan album Jepun pertama mereka, Diamond. Pada tahun 2011, kumpulan ini mengeluarkan album penuh Korea pertama mereka, 4Minutes Left. Kumpulan ini menerima Anugerah Bonsang di Anugerah Muzik Seoul ke–20 dan Anugerah Artis Baru Kpop di Anugerah Muzik Billboard Jepun 2010.[2][3]
Pada tahun 2016, Cube Entertainment mengumumkan pembubaran 4Minute selepas kegagalan rundingan pembaharuan kontrak bersama majoriti ahli.
Peracangan untuk sub-unit 2YOON (terdiri daripada Gayoon dan Jiyoon) diumumkan pada lewat 2012.[4] Pada 17 Januari 2013, 2YOON melamcarkan album, Harvest Moon,[5] bersama dengan muzik video single utamanya, "24/7".[6] 2YOON membuat persembahan pertama mereka pada 17 Januari di M! Countdown.[7]
^Lee, Eun-jung (December 26, 2012). 포미닛 가윤·지윤, '쌍윤' 결성..1월 신보. Yonhap (dalam bahasa Korean). Dicapai pada January 30, 2014.CS1 maint: unrecognized language (link), translated to English at "Ssangyoon Sub-Unit to Debut in January". 4-minutes Forum. December 24, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-10. Dicapai pada February 25, 2013.
^Lee (이), JaeHoon (재훈) (Januari 17, 2013). "허가윤·전지윤 '투윤' 떴어요 Harvest Moon" [Heo GaYoon Jeon JiYoon '2YOON' is popular Harvest Moon] (dalam bahasa Korean). NEWSIS.COM. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 1, 2014. Dicapai pada Januari 30, 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
^Lee (이), MinJee (민지) (January 17, 2013). 투윤 ‘24/7’ 본격 활동 시작, 오늘(17일) 컴백무대 게스트는? [2YOON '24/7' definite activity start, today's (17th) comeback stage guest is?] (dalam bahasa Korean). Newsen. Dicapai pada January 30, 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)