Raja Amyntas III dari Macedon, membuat perikatan sementara dengan Liga Chalcidice. Sparta yang dasarnya adalah untuk memecahbelahkan Yunani, menghantar sebuah ekspedisi ke utara untuk mengganggu Liga Chalcideice, sebuah gabungan kota-kota semenanjung Chalcidice yang terletak di arah timur Macedon.
Phoebidas, komander Sparta yang sedang merentasi Boeotia dalam kempen ketenteraannya, mengambil kesempatan daripada persengketaan awam di Thebes untuk memasuki kota itu dengan askar-askarnya, Sebaik sahaja mereka berada di dalam kota itu, beliau menawan Cadmeia (kubu kota Thebes), dan memaksa puak anti-Sparta untuk melarikan diri daripada kota itu. Kerajaan Thebes diletakkan di tangan puak pro-Sparta yang dibantu oleh sebuah garison Sparta yang ditempatkan di Cadmeia. Banyak daripada bekas pemimpin Thebes dibuang negeri. Epaminondas, walaupun dikaitkan dengan puak anti-Sparta, dibenarkan tinggal.