2 Broke Girls | |
---|---|
Fail:2 Broke Girls logo.jpg | |
Genre | Sitkom |
Pencipta | |
Dibintangi oleh | |
Penggubah lagu tema | Peter Bjorn and John |
Lagu pembukaan | "Second Chance" |
Negara asal | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris |
Bilangan musim | 6 |
Bilangan episod | 138 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penyunting | Darryl Bates Ben Bosse Peter Chakos |
Sinematografi | Chris La Fountaine Gary Baum Joseph W. Calloway |
Pemasangan kamera | Multi-kamera |
Tempoh siaran | 21–22 minit |
Syarikat penerbitan |
|
Syarikat pengedaran | Warner Bros. Television Distribution |
Penyiaran | |
Saluran asal | CBS |
Format gambar | HDTV 1080i |
Format audio | Dolby Digital 5.1 |
Siaran asal | 19 September 2011 | – 17 April 2017
Pautan luar | |
Laman sesawang |
2 Broke Girls merupakan sitkom televisyen Amerika yang disiarkan menerusi CBS pada 19 September 2011 sehingga 17 April 2017. Siri ini diterbitkan untuk Warner Bros. Television oleh Michael Patrick King dan Whitney Cummings. Terletak di kawasan kejiranan Williamsburg, Brooklyn, Bandar Raya New York, siri ini berkisarkan kehidupan dua orang sahabat Max Black (Kat Dennings) dan Caroline Channing (Beth Behrs). Caroline yang dibesarkan sebagai anak jutawan, manakala Max pula membesar dalam kemiskinan, menyebabkan keduanya mempunyai perspektif berbeza mengenai kehidupan. Max dan Caroline bekerja sebagai pelayan restoran dan mengumpul dana untuk memulakan perniagaan kek cawan.
Keserasian peneraju utama siri ini diberi pujian, namun menerima kritikan kebergantungan siri ini terhadap lawak berunsurkan kelucahan dan stereotaip. Siri ini pernah menerima tiga pencalonan Anugerah Emmy 2012, dan memenangi satu kategori. Pada 25 Mac 2016, siri ini telah diperbaharui untuk musim keenam yang disiarkan pada 10 Oktober 2016. [1][2]
Pada 12 Mei 2017, CBS mengumumkan pembatalan siri ini. [3][4]
Siri ini berkisarkan kehidupan dua orang pelayan restoran yang berusia pertengahan 20-an (pada awal siri) iaitu Max Black (Kat Dennings), anak kepada wanita tunggal yang bekerja dan tidak mengenali bapanya, dan Caroline Channing (Beth Behrs), yang dilahirkan dalam keluarga kaya, tetapi jatuh muflis kerana bapanya, Martin Channing, ditangkap kerana terlibat skim Ponzi Bernard Madoff. Mereka bekerja di sebuah restauran di Brooklyn, kemudiannya menjadi rakan serumah dan mengejar cita-cita yang sama untuk membuka sebuah kedai kek cawan. Turut bekerja di restauran tersebut ialah bos mereka, Han Lee (Matthew Moy); Oleg (Jonathan Kite), , tukang masak dari Ukraine; dan Earl (Garrett Morris), juruwang berusia 75 tahun. Turut membintangi siri ini ialah jiran yang akhirnya menjadi pasangan Oleg, Sophie (Jennifer Coolidge), pendatang dari Poland yang menguruskan perniagaan membersihkan rumah, Sophie's Choice.
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: 2 Broke Girls |